STUFF : D


Kalau korg nak tau , ini laa handphone aku . Handphone nii memang bermakna bagi aku . Aku mula menggunakannya sejak form 1 lagii tau . Bertahan lama beb . HAHAHA . aku starting pakai sony kat sekolah . pastu yang lain menyibuk je nak pakai sony jugak . haish* menyirap je . HAHAHA . Aku dalam hati ada laa jugak niat nak tukar handphone nii . Sebab makin lama aku guna handphone nii makin bosan laa . Tapi ape kan daya~ ku tak mampu untuk membuat pembaharuan . ==' (ayat geli2) HAHAHA .



Berdasarkan kefahaman korang , apakah barang tersebut ? Itu laa barang permainan aku semasa aku kecil . Cantek bukan ? HAHAHA . mainan nii buat aku teringat masa aku kecik . Kecik2 dulu kalau maen patung nii mesti dengan abang aku dan setiap kali maen mesti tercetusnya pergaduhan antara adik beradik . Tapi serius aku rindu doe nak balik zaman kanak2 dulu . Teringat cite Dragon-Ball . Gokuu buat KAMEHAMEHA . HAHAHAH . Lagi satu , kalau dulu  Apa yang kita mahukan senang je dapat . Tak macam sekarang . Sekarang apa yang aku mohon kat mak bapak aku mesti susah atau lambat untuk aku dapat . Nyirap je~  ==' HAHAHA



Believe it or not ? OMG . PS3 ada kat rumah aku ? Biar betul ? HAHAH . memang betul pon . Tapi ini bukan aku punya pon sebenarnya . Kalau korang nak tau ini laa abang aku punya . Dia beli hasil dari duit dia kerja . Bodo bukan abang aku nii ? Kerja penat2 gaji dia beli benda alah nii . Dah besar2 pon nak maen lagi bnde nii . ZzZ . Aku tanya dia asal dia beli bnde nii ? Dia ada tiga sebab :

i ) Sebab yang pertama PS3 nii limited edition . dia kata 1 game hanya RM5 je . Kebiasaannya , 1 game kan harganya RM 1++ tapi nii lain daripada yang lain . Game dia bukannya masok dalam CD tapi dia install dalam Hard Disk dan kemudiannya dicucuk ke PS3 nii . kalau korang nak tau petak hitam yang kecik sebelah kanan tuu laa Hard Disk nya . cara ?

ii ) Sebab yang kedua dia kata dia nak merasa laa gaji yang dia dapat tuu . Tapi aku pelik . Kenapa dia nak rasa gaji dia tuu dengan membeli bnde alah nii ? Pelik btul aku .

iii ) Sebab yang ketiga dia kata dia nak buat koleksi semua jenis game kat rumah nii . Dia kata nanti suatu masa bnde nii semua dah jadi barang antique .  Aku pon layan kan~ kata2 hikmat abang aku nii . HAHAH

Tapi apa2 pun aku bersyukur aku ada abang yang sebegini rupa . HAHA . Sampai sini je laa kot . Nanti aku sambung lagi ea . Assalamualaikum  : )